Eksklusif Dari Kota Bharu : Awas! "kolonel Mat" Taja Perarakan Desak Nik Aziz Letak Jawatan...


SAYA baru menerima panggilan telefon dari Kelantan yang memberi tahu satu rancangan sedang di atur oleh golongan tertentu untuk mengadakan perarakan dan himpunan secara besar-besar di hadapan Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim, Kota Bharu esok bagi mendesak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakan jawatan sebagai MB Kelantan.

Himpunan itu juga untuk mendesak Nik Aziz supaya mempercepatkan mengambil tindakan (mendesak) ke atas menantunya Abdul Ariffhami Ab Rahman supaya melepaskan jawatan CEO PMBK.

Nik Aziz minggu lepas atas nasihat pemimpin Pas pusat telah mengarahkan Ariffahmi melepaskan jawatan itu setelah perlantikan menantunya itu telah dieksploitasikan untuk memburukkan beliau dan Pas Kelantan. Ariffahmi bagaimana pun sehingga kini masih belum berbuat demikian.

Menurut pemanggil berkenaan yang juga sumber rapat sebuah Pas kawasan, pihak Pas Kelantan telah pun maklum mengenai ura-ura perarakan dan himpunan berkenaan. Satu laporan polis juga dikatakan telah dibuat oleh pihak Pas kerana himpunan berkenaan tidak mendapat permit.

Dalam pada itu menurut pemanggil itu lagi pihak keselamatan Pas kini juga sedang mengadakan mesyuarat khas berhubung desas desus berkenaan untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

"Keselamatan Pas telah memanggil mesyuarat segera untuk membincangkan apa yang dirancangkan itu," ujar pemanggil berkenaan.

Selain daripada himpunan esok untuk mendesak Nik Aziz melepas jawatan, tambah pemanggil itu ia juga untuk mendesak suapaya Nik Aziz menarik balik doa yang meminta Allah palingkan hati Perdana Menteri, Najib Razak supaya memberi wang royalti minyak ke Kelantan.

Nik Aziz semasa membaca khutbah hari raya korban telah berdoa supaya Allah palingkan hati Najib supaya memberi royalti minyak ke Kelantan. Sekiranya Najib enggan berbuat demikian, katanya beliau (Nik Aziz) tidak akan teragak-agak untuk mendoakan agar Najib dan kerajaanya dimusanahkan Allah.

Sementara itu dari maklumat lain menyebut beberapa agensi kerajaan yang dikuasai kerajaan Persekutuan telah dihubungi oleh pihak tertentu supaya keluar beramai-ramai menjayakan himpunan berkenaan.

Arahan juga dibuat kepada kakitangan kerajaan supaya keluar dengan membawa bendera UBN dan bendera Pas. Sebuah pejabat Pertubuhan Peladang kawasan (PPP) turut sama dihubungi agen berkenaan.

Apakah himpunan berkenaan ada sangkut paut dengan pendedahan yang dibuat Nik Aziz tiga hari lepas kononnya ada "Kolonel Mat" yang bertanggungjawab merancang untuk menjatuhkan beliau dan menumbangkan kerajaan Kelantan?

Sekiranya perarakan dan himpunan berkenaan benar-benar berlaku esok ini mengesahkan dakwaan Nik Abdul Aziz itu bahawa memang ada rancangan untuk menjatuhkan beliau secara keras..


* dipetik dari RAKYAT MARHEAN...

hujan oh hujan..

salam dunia buat semua..

lama dah rasa saya tak intai blog ni,apa dah jadi tak tahu la..ok,sekarang saya tak citer pasal ni,saya nak citer pasal kawan saya..al-kisahnya bermula dengan hujan..semua sedia maklum kan pasal banjir teruk yang sedang melanda sekarang?saya ada kawan,dia duduk di Dungun..kesian sangat kat kawan saya ni,dia n family dia kena pindah ke pusat permindahan sementara kerana kawasan yang dia duduk tu telah ditenggelami air..



( ni la rumah ke 2 ambe..kawan saya hantar gambar ni )


sepanjang dia duduk kat tempat tu,rutin harian dia tengok orang,puas tengok orang makan,puas makan tido,puas tido makan lak..begitu la rutin hariannye..mesti puas giler...mujur la dia ada anak sedare yang boleh wat hilang rase bosannye itu...



( nie la anak sedare dia yang terlalu hyperaktf...hehe )



(aksi-aksi amsyar time bosan melanda )

macam-macam citer yang dia citer kat saya..rasanye tak sanggup duk situ..tapi apa pun tu adalah satu pengalaman buat sahabat saya tapi saya tak pernah lalui lagi la setakat ni tapi mintak jauh la.. hehe..buat mangsa-mangsa banjir,bersabar lah dengan ujian ni...

ok la,setakat ni je dulu,saya tengah kesejukan dah ni..idial pun beku dah wase..hehe
sirru alabarakatillah...

Yang Manakah Kita ???


  • SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?
    Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil pusing akan waktu shalatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

    SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
    Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku ridha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

    SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
    Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

    SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada senantiasa menumpuk-numpukkan harta.

    SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?
    Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

    SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
    Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

    SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
    Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan kemana mata memandang.

    SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI MENGHIMPIT?
    Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

    SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
    Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni surga kelak karena telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Doktor temui pokok dalam paru-paru



IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.

"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut. – Agensi











Gambar X-ray menunjukkan imej seperti pokok fir membesar dalam paru-paru Sidorkin.


p/s : sekadar informasi...bagi sesiapa yanag suka makan biji ikutlah biji apa pun..fikir2kanlah sebelum menelannye...hehe