saLaM LeBaRan


walaupun langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar,
mata tak bertatap,
tapi izinkan HATI memohon maaf ,
zahir & batin...
SELAMAT HARI RAYA ..


salam lebaran untuk semua umat islam seluruh dunia, semoga dengan kedatangan syawal ni akan memberi kite seribu makna dalam hidup. kepada yang mengenali diri ini dikesempatan yang ada ni, sy ingin memohon beribu-ribu kemaafan seandainya sehayat ni sy ada melakukan kesalahan & kesilapan samada disedari atau tak disedari..


buat ayah & bonda, anakda ingin memohon berjuta
kemaafan seandainya anakda ada melakukan kesilapan,
doakan anakda..
buat insan yang diingati yang berada jauh diperantauan
salam kemaafan & salam kerinduan kuhulurkan
semoga dirimu sentiasa diberkati & dirahmati ....




' AIR SEMBAHYANG '

1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'. Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala..

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini' Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri .

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu..