“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin.Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.”
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? “
Mak jawab, “dua-dua bukan.”
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah.” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.”
Saya memintas, “Tak faham.”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.”
Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini. Mak menyambung ”Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi.Persoalannya ialah. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire”Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur. Mak sedar mak anak yatim,anak orang miskin, adik beradik ramai. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.
“Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.” emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak?
Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.” mak menelan air liurnya. Saya diam.
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi? “Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa.Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, ”Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatanseorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika.
Bukan luar biasa kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak, jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. “
“Kakak, Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta
dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. “
“Redha kakak, Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur. “
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
-biarkan hati berbicara menyapa kerinduan padaNYA.mencari mutiara di dasar hati.kan bisakah bertemu?-
CINTA DAN JODOH
Payahnya Mengenal Sahabat..
Payahnya mengenal sahabat
Masing-masing mahu berhibur dan terhibur
Sahabat yang bijak akan rosak inteleknya jika ditegur
Sahabat yang dungu akan rosak perasaannya jika disinggung
Jika diam dikatanya tidak tahu
Jika banyak cakap dikatanya tunjuk pandai
Apabila dipuji dia merasa senang hati
Apabila diuji dia cepat remuk hati
Bukan senang jadi kawan
Bila seirama itulah tolan
Bila tak sekata jadi lawan
Dengan siapa kita berkawan
Itu... Orang hebat setinggi awan
Ilmunya tinggi jiwanya tenteram
Tapi sayang, belumpun sempat menghulur salam
Ia merajuk sakit meragan
Payahnya mengenal sahabat
Suaranya indah ilmunya lebat
Sedikit terantuk lalu merajuk
Marilah sama kita memujuk
Itulah tanda kasih sayang
Dalam keikhlasan tak serupa keikhlasan...
Bertunang dengan.......
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
..........................
.............
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Hanya kerak nasi untuk MAK
Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg menyayat hati..
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.
Aku yang bongsu tinggal di rumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu, "tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.
Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.. Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... "ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'
Mak dengan bersungguh menjawab "Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati "oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya....
" Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur.. lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan..' 'takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.. YA RABB Engkau peliharalah Ibu, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN

ERTI SEBUAH KASIH SAYANG..
Hidup Manusia ini,
Perlukan kasih sayang,
Kerana kasih sayang adanya
Pengorbanan dan ketulusan,
Itulah Fitrah manusia sekalian.
Manusia tidak akan merasa nikmat bahagia,
Jika hidupnya tiada kasih sayang,
Kasih sayang tak dapat dijual beli,
Ianya hanya datang dari kasih yang murni.
Sebuah kasih sayang Itu,
Lebih berharga dari emas permata,
Tiada guna harta yang bertimbun banyaknya,
Jika hidup tidak memiliki kasih sayang abadi.
Marilah insan semua,
Kita sama-sama menjalinkan Ikatan kasih sayang,
Sesama insan sesama saudara,
Agar ukwah islam sejati dapat dilahirkan,
Moga Allah merahmati kita semua..
INSYAALLAH AMIN....

Bercinta dengan berkesan!
KITA sering mendengar orang menyebut perkataan dakwah. Apapun, kesan dakwah kepada masyarakat terutama remaja masih menjadi persoalan. Dakwah ertinya mengajak, menyeru, memanggil, menyahut diri kita sendiri dan manusia lain untuk bersama-sama menghayati perintah Allah dan Rasul-Nya. Ia tidak disampingkan dengan penyelewengan atau sebab-sebab lain yang boleh membantut tugas menyeru orang ke arah kebaikan.
Manakala remaja pula golongan muda yang pemikirannya luas sedikit dan sekali gus peralihan ke alam dewasa. Untuk itu, cara berdakwah perlu dilakukan dengan berkesan.
Mendakwah golongan remaja perlu dilakukan dengan cermat dan perasaan penuh simpati dan berhemah. Apa yang salah diperbetulkan, yang payah dipermudahkan dan apa yang bakal memudaratkan mereka hendaklah dicantas lalu diganti dengan tindakan yang benar-benar mendatangkan manfaat. Kita tidak menafikan antara golongan yang paling mudah untuk didakwahkan adalah
golongan remaja. Apatah lagi jika mereka mempunyai persediaan pendidikan yang baik sejak di rumah lagi.
Namun dalam persediaan untuk mendakwah golongan remaja, kita jangan pula lupa remaja juga golongan yang paling mudah menerima pengaruh yang tidak baik. Akhlak mereka mudah dirosakkan oleh anasir yang tidak sihat.
Maka di sinilah letaknya fungsi golongan pendakwah antara keghairahan dengan
kebijaksanaan mereka dalam berdakwah. Sejak kebelakangan ini, remaja terlalu banyak didedahkan dengan budaya tidak sihat. Ini berlaku apabila terbukanya saluran maklumat yang pelbagai bentuk seiring dengan kecanggihan zaman teknologi maklumat. Timbul pertanyaan kepada kita kepada golongan pendakwah. Apakah memadai bagi mereka hanya menyampaikan dakwah melalui lisan. Sekadar menyampaikan dakwah di masjid, surau atau ceramah kalau ia hanya dihadiri remaja yang sememangnya cenderung ke arah kebaikan. Bagi kita ia tentulah tidak memadai.
Jika golongan remaja disogok dengan pelbagai kaedah dan penyaluran pengaruh
tidak sihat mengapa pendakwah tidak menggunakan cara yang sama? Kita perlu
mengkaji kesesuaiannya seterusnya menggunakan kaedah tersebut untuk tujuan
dakwah.
Perkembangan yang berlaku kebelakangan ini memperlihat remaja yang mendapat pendidikan agama turut tidak terlepas daripada menghadapi gangguan anasir yang tidak sihat. Pembabitan mereka dalam kumpulan Black Metal umpamanya memperlihatkan pelajaran agama yang mereka terima masih belum mencukupi untuk menjadikan diri mereka ‘kebal’.
Maka pendakwah perlu terus berjuang menghadapi kekeliruan remaja beragama ini. Apatah lagi apabila berhadapan dengan remaja yang tersasar terus daripada
perhatian ibu bapa dan pendakwah. Di sinilah pentingnya pendakwah menggunakan pendekatan baru dalam usaha dakwah mereka. Namun, sebelum mendakwah remaja, pendakwah juga harus memikirkan terlebih dahulu persediaan yang ada pada diri mereka. Mereka perlu memiliki ketinggian budi,
berfikiran terbuka serta bersedia menyerahkan segala urusannya kepada Allah.
Kita tidak mahu kekurangan yang ada pada diri pendakwah diambil kesempatan oleh remaja yang terkenal dengan nilai kritisnya untuk memperlekehkan mereka.
Lantaran pendakwah bukan saja tewas dari segi persediaan malah mereka gagal
memahami keperluan remaja terhadap kemurnian dakwah yang mahu dibawanya.
Anak muda perlu didekatkan usaha menyelami hati murni mereka. Apakah keperluan mereka dan apakah pula kesukaan mereka. Jangan kerana terlalu ghairah membetulkan mereka lalu kita mendahulukan hukum daripada mendidik. Ia bukan saja meliarkan mereka malah mereka akan melihat Islam itu hanya dipenuhi dengan hukum-hakam dengan segala rintangannya.
Walau apapun tugas dakwah adalah tugas setiap umat. Ia tidak hanya terletak
kepada ustaz, guru atau kelompok tertentu saja. Malah sesiapa saja boleh
berdakwah kerana adakalanya sesetengah remaja lebih suka menghampiri rakan
mereka yang lebih memahami jiwa mereka.
Justeru dalam berdakwah kita perlu melihat kepada realiti kehidupan remaja.
Janganlah terlalu terburu-buru menarik mereka untuk memenuhi selera kita
sedangkan kita tidak tahu jenis makanan yang disukai remaja. Suatu kenyataan jauhnya remaja daripada agama adalah kerana mereka tidak mahu menanggung beban melalui hukum-hakam yang digembar-gemburkan oleh pendakwah. Amatlah malang jika ini berlaku kepada remaja hasil kesilapan pendakwah. Akhirnya, apa yang berlaku ialah musnahnya bunga di tangan beruk. Kegiatan dakwah diperlekehkan, golongan pendakwah dijauhi. Ketika inilah musuh-musuh sosial mengambil tempat merapati remaja kita yang berada di persimpangan.
Bagaimanapun, dalam konteks timbulnya perasaan seperti yang disebutkan ia sememangnya di luar kemampuan pendakwah. Mereka perlu kembali kepada niat yang ikhlas untuk berdakwah. Ini kerana sejarah membuktikan penyampaian dakwah yang dilakukan Rasulullah tiada tolok bandingnya dari segi hikmah dan kesempurnaannya. Tetapi tidak kurang pula kaum musyrikin yang menolaknya, seolah-olah apa yang disampaikan Rasulullah tidak menarik minat mereka. Dalam hal pendakwa perlu berlapang dada dan menyedari hak memberi hidayah ialah Allah sendiri di samping melihat remaja yang menjauhi mereka adalah pesakit yang perlu diubati. Hanya ubat yang sesuai saja bakal menyembuhi penyakit mereka.
Dapatlah dirumuskan, mendakwah golongan remaja perlulah dilihat daripada
beberapa aspek berikut:
1. Pendakwah perlu mempunyai niat yang ikhlas sambil berusaha mengelakkan diri daripada mencampuradukkannya dengan kepentingan duniawi.
2. Pendakwah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dakwah di samping keperibadian yang tinggi dan boleh dicontohi.
3. Pendakwah perlu memahami jiwa dan realiti kehidupan remaja serta menepati sasaran mereka.
4. Pendakwah perlu mempelbagaikan teknik berdakwah supaya sesuai dengan perkembangan semasa
5. Yang terpenting adalah menyerahkan segala urusan kepada ketentuan Allah.
Kesimpulannya, pendakwah hari ini adalah pembentuk generasi masa depan. Merekalah yang sebenar-benarnya pembentuk dan penentu hala tuju kehidupan
beragama masyarakat.
Maka bagi menjayakan misi dakwah, pendakwah perlu bersikap berkecuali dan tidak terdorong untuk melakukan usaha dakwah bagi kepentingan golongan tertentu atau kepentingan peribadi..
selamat berdakwah...
Alumni Lepasan MDQ...

Himpunan Alumni Ma'had Darul Quran.... mohon semua rakan2 upload banner ini dlm blog masing2 sebagai iklan utk jemputan semua lepasan MDQ.... harap hadir ramai2
Subscribe to:
Posts (Atom)