Menakjubkan ! Subhanallah !!!!

SUBHANALLAH….ALANGKAH MENAKJUBKAN SEL2 YNAG ADA DALAM BADAN MANUSIA….



Gambar mikroskopik tentang badan kita. Tak boleh dilihat dengan mata kasar!

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.
Vilus pada usus kecil

Gambo 1


Telur/Ovum dengan sel korona


Sperma di atas telur / ovum


Sel kanser paru-paru



Sel darah merah



Sel bulu-bulu halus dalam telinga


Saraf perasa pada lidah



Salur darah dalam saraf optik



Neuron Purkinje (lapisan pada otak)


Plak Gigi


Hujung rambut yang pecah



Embrio manusia (kelihatan masih ada sisa sperma)



Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)



Alveoli Pada Paru-paru

peristiwa yang mengerikan...

Kira-kira sebulan sebelum exam pelajar tahun 1 & 2 diwajibkan menyertai program yang dihandle oleh tahun 3 dibawah HEP KUDQI. Bermulalah peristiwa yang mengerikan Apabila benda yang saya x suka dijadikan salah satu barang amanah. Benda tu ialah belon…..
..tiba masa barang amanah tu diagihkan kepada peserta hati saya mula mengomel macam-macam. bakpe belon barang amanah macam xdok dah benda lain ..huhu...benci...benci..masa tu tuhan je tahu perasaan saya. tiba giliran saya kena ambik ,saya xambik ,berapa orang dah ad-hoc mai bagi belon ke saya tapi saya xambik...saya kata biar r gane-gane pun saya xboh ambik belon...biar r kena denda pun,akhirnya ad-hoc tu lari....selain belon ada 2 barang lagi yang dijadikan barang amanah iaitu jarum ngan tali ropia..peserta kena wat masuk tali tu dalam jarum, masa tu rasa macam duk kat salji sejuk ketor tangan saya masa nak wat masuk tali dalam jarum gara-gara takut belon..hehehe...sampailah hari kedua program saya diberi buku untuk dikupas didepan peserta sekiranya dipanggil sebagai denda sebab saya xambik belon...secara jujur ,sedap buku dari belon ,biar r kena bagi tazkirah pun sekurang2nya dapat ilmu dari pegang belon xtahu benda...hehehe...takut punya pasal..
ni gambar saya ngan k.suwibah masa saya kena bagi tazkirah..hehe..hari last sebelum gi haiway treking saya kene kupas apa yang saya faham dari buku yang saya dapat yang bertajuk akidah & perjuangan ahli sunnah wajamaah, kalu x silap la, rasa ye doh..tapi peristiwa tu wat saya nak marah kat orang.hehe..apa pun saya nak mintak maaf banyak2 kat tahun 3 terutama kat k.suwibah, saya marah kat ye tapi ye xmarah mula pun siap pujuk ag ,kebetulan masa tu ye x bape sihat...nasib saya la tu...hehe

*tu la peristiwa yang mengerikan saya, iaitu BELON..benda yang buat saya xleh tido malam...

Hari-hari terakhir bersama Teman-teman
















** tatkala hati teringat sahabat, terfikir diminda, adakah aku juga dalam hatinya,
tatkala hati rindukan sahabat, terfikir diminda adakah aku juga dirindui,
tatkala kaki berat untuk melangkah pergi, hati tertanya adakah dia ingin bersamaku lagi,
mengapa rindu benar aku padanya, moga doaku diterima agar aku akan tak akan kehilangan sahabat sepertimu **

..: moga ukhuwwah yang tejalin kekal ke akhirnya :.. Amin !!

TANDA-TANDA DUNIA DI PENGHUJUNG NYAWA...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &
perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon& kat Malaysiapun ada.....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

Renungan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

.::salam imtihan untuk semua warga kudqi::.



boster untuk semua...hehehe

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula..

muhasabah diri

KISAH 2 SAHABAT, SEORANG PAKCIK & LIF AJAIB GUNUNG KINABALU

Ali & Abu ialah dua sahabat baik.

Satu hari Ali datang ke rumah Abu membawa sekeping risalah.

Ali : "Abu...aku ada berita baik ni..."

Abu : "Berita apanya?"

Ali : "Aku dapat iklan ni la...pakej ke puncak gunung kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib' dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."

Abu : "Wow!...hebat tu...kan kita dah lama berangan nak daki Gunung Kinabalu...apa syarat2 dia?"

Ali : "Tak ada apa2 syarat la...bayar seorang RM100 aje ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download tiket dan terus pergi ke sana..."

Abu : "Apa lagi...jom la...peluang baik ni..."

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download tiket dari internet.

Di Kaki Gunung Kinabalu...

Ali : "Yeah...kita dah sampai akhirnya.."

Abu : "Apa lagi...jom kita cari pihak penganjur tu...aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.

Ali : "Aduuuhhh!!...apa cerita ni...tak jumpa pun lif ajaib tu.."

Abu : "Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni.."

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..

Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan?"

Ali : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"

Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"

Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"

Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib' yang tidak wujud sebenarnya..."

Ali : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"

Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib' hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah tanpa usul periksa..."

Abu : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"

Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."

Ali : "Hmmm..."

Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."

Abu : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya...kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena ada ilmu mendaki yang betul...."

Ali : " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."

Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti"

-Tamat-


MORAL CERITA 'LIF AJAIB'

Sebenarnya, apa yang ingin saya beritahu ialah jika kita ingin melakukan sesuatu kita perlukan ILMU yang betul bukan hanya fikir jalan mudah saje...apa pun, ni untuk muhasabah diri saya jugak dan untuk semua...
moga-moga kite semua mendapat mardhotilah...Amin